Malaysia sahkan tiket ke pusingan Super 4

Malaysia sahkan tiket ke pusingan Super 4

AKSI Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Korea Selatan pada saingan Piala Asia di Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan Super 4 selaku empat pasukan terbaik hoki Piala Asia 2022 selepas melakar kemenangan kedua di Jakarta dengan menumpaskan Korea Selatan 5-4, sebentar tadi. 

Biarpun saingan Kumpulan B berbaki satu perlawanan iaitu menentang Bangladesh, Khamis ini, namun anak-anak buah Arul Selvaraj meraih tiket lebih awal ke peringkat seterusnya selepas turut menang 7-0 ke atas Oman dalam aksi pembukaan semalam. 

Dalam aksi di Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia memperoleh gol pertama menerusi jaringan padang Norsyafiq Sumantri pada minit ke-11, sebelum Muhammad Razie Abd. Rahim menggandakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti minit ke-17. 

Tersentak dengan dua gol itu, Korea Selatan bangkit merapatkan jurang menerusi Yang Ji-hun yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-25. 

Malaysia bagaimanapun tidak menunggu lama untuk kembali menjarakkan kedudukan menerusi Norsyafiq, dua minit kemudian dan Mohamad Ashran Hamsani meledak gol keempat di minit ke-32.

Jang Jong-hyun dan Kim Sung-hun kembali menghidupkan perjuangan Korea Selatan dengan dua gol dalam tempoh enam minit untuk menjadikan kedudukan 4-3 pada minit ke-34 serta 40.

Ketika permainan berbaki 15 minit, kedua-dua pasukan bergelut untuk menghasilkan gol namun ledakan pukulan sudut penalti Muhammad Razie pada minit ke-52 menjadi kedudukan 5-3, dan gol keempat Korea yang disempurnakan Ji-hun tidak cukup untuk membantu Korea bangkit. 

Keputusan kekal 5-4 dengan Malaysia menang ke atas Korea Selatan untuk mengungguli Kumpulan B, dan Norsyafiq dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

“Dari segi jaringan sudut penalti, Razie sudah melakukan yang terbaik, daripada lima peluang, dia dapat menjaringkan dua gol. 

“Apa yang kita nak daripada Razie, dia teruskan prestasi cemerlang ini. Untuk jaringan padang pun, Syafiq berjaya menjaringkan dua gol. 

“Saya menganggap kedua-dua gabungan ini kekuatan untuk pasukan,” kata Arul. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya