fbpx

30 Jun 2022, 9:38 am

  TERKINI

Malaysia layak ke Piala Dunia 2023

AKSI pemain Malaysia (kuning) ketika menentang Bangladesh dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Asia 2022. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan tiket Piala Dunia 2023 selepas India selaku tuan rumah kejohanan itu melayakkan diri ke saingan Super 4 Piala Asia 2022 di Jakarta, hari ini.

India mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik selepas membelasah Indonesia 16-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Itu bermakna India muncul naib juara kumpulan di belakang Jepun.

Terdahulu, skuad Speedy Tigers bimbingan Arul Selvaraj yang sudah mengesahkan tiket ke saingan Super 4 lebih awal, menamatkan kempen Kumpulan B selaku juara dengan membelasah Bangladesh 8-1.

FAIZAL Saari (kanan) meledak hatrik ketika membantu Malaysia membelasah Bangladesh 8-1 di Jakarta hari ini. – IHSAN MHC

Selain Malaysia, turut layak ke Piala Dunia tahun depan adalah Jepun dan Korea Selatan.

Tiga daripada empat pasukan yang layak beraksi di Super 4 secara automatik layak ke Piala Dunia selepas India meraih tiket selaku tuan rumah.

Malaysia akan membuat penampilan kali kesembilan di Piala Dunia. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI