Malaysia langkah kanan, belasah Oman 7-0

Malaysia langkah kanan, belasah Oman 7-0

Kapten Malaysia, Muhammad Marhan Mohd Jalil diasak oleh pemain Oman dalam perlawanan pertama Kumpulan B Hoki Piala Asia 2022- Gambar FB MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad negara membuka tirai kejohanan hoki Piala Asia 2022 dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Oman dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu, Malaysia di depan menerusi gol pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-6 permainan.

Anak-anak buah Arul Selvaraj terus garang apabila Muhammad Razie menyempurnakan dua lagi pukulan sudut penalti mana minit ke-13 dan ke-19 untuk merekodkan hatrik dalam perlawanan berkenaan.

Pemain Malaysia cuba merampas bola daripada pemain Oman dalam perlawanan Hoki Piala Asia 2022.

Skuad Malaysian Tigers terus garang apabila menamatkan suku kedua permainan dengan kelebihan 4-0 dihadapan selepas Faizal Saari menjaringkan gol padang pada minit ke-23.

Bermula suku ketiga, pemain negara terus memberikan tekanan kepada skuad Timur Tengah itu dan hasilnya, Muhammad Shahril Saabah dan Faiz Helmi Jali berjaya merobek gawang Oman menerusi gol padang pada minit ke-34 dan ke-40 untuk menjadikan kedudukan 6-0.

Pada suku terakhir permainan, Malaysia berjaya menambah satu lagi gol padang menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-48 sekaligus mengesahkan kemenangan bergaya 7-0 Skuad Malaysian Tigers.

Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj memberikan penerangan kepada pemain negara.

Dalam saingan Piala Asia 2022, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea Selatan dan Oman manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Indonesia, Jepun dan Pakistan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya