Liverpool belum kibar bendera putih

Liverpool belum kibar bendera putih

LIVERPOOL keciciran mata selepas seri 1-1 dengan Tottenham kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengingatkan pemainnya agar tidak berputus asa dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas misi mereka sedikit terjejas ekoran seri 1-1 dengan Tottenham awal pagi tadi.

Reds kini hanya mampu mengharapkan pendahulu liga, Manchester City yang akan menentang Newcastle malam  ini keciciran mata pada baki saingan mereka.

Liverpool menerajui liga menerusi perbezaan jaringan selepas gagal mengutip mata penuh di Anfield buat kali pertama sejak Februari.

City kendalian Pep Guardiola boleh memintas kembali dan melebarkan jurang kepada tiga mata jika mengalahkan Newcastle di Etihad.

SON Heung-min (kiri) meraikan jaringannya bersama Harry Kane dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield hari ini. – AFP

“Ia mata yang penting tetapi kita semua tahu situasinya sekarang. Kami mendahului liga, dan jika kami atau City tewas semua perlawanan keadaan menjadi menarik tetapi itu tidak akan berlaku.

“Saya ingin duduk di sini dan berkata, City akan tercicir mata tetapi masalahnya saya tidak nampak ia akan berlaku,” kata Klopp.

Tottenham kini hanya satu mata di belakang Arsenal yang menghuni tangga keempat tetapi peluang mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bergantung kepada jika Gunners keciciran mata dalam dua daripada empat perlawanan terakhir mereka.

GOL penyamaan Luis Diaz tidak cukup membantu Reds mencatat kemenangan.

Son Heung-min meletakkan Spurs di depan pada minit ke-56 tetapi Luis Diaz menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 16 minit.

“Ia bukan mudah untuk bermain menentang pasukan hebat dalam suasana menakjubkan. Liverpool mempunyai banyak tenaga walaupun bermain setiap tiga hari.

“Mereka berhak dengan apa yang mereka capai musim ini. Mendapatkan keputusan bagus memang positif tetapi kami kecewa terlepas peluang meraih kemenangan,” kata pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Liverpool yang sudah menjuarai Piala Liga musim ini akan berdepan Chelsea dalam final Piala FA di Wembley, 14 Mei ini dan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris pada 28 Mei. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN