Rachel rangkul emas kedua di Vietnam

Rachel rangkul emas kedua di Vietnam

RACHEL Yeoh meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara batang titian dalam Sukan SEA 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Rachel Yeoh berjaya pingat emas keduanya pada Sukan SEA 2021 selepas memenangi acara batang titian hari ini.

Kejayaan itu hadir sehari selepas gimnas berusia 23 tahun itu, meraih emas pertama semalam dalam acara palang bertingkat semalam.

Dalam aksi di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Rachel mempamerkan aksi kemas untuk mengutip 12.567, mangatasi pencabar terdekatnya dari Filipina, Aleah Finnegan Cruz (12.367). Gangsa milik Vietnam, Pham Nhu Phuong (12.167).

Kejayaan itu, pastinya cukup manis buat atlet kelahiran Pulau Pinang berkenaan yang pada mulanya sekadar mensasarkan satu emas pada temasya dwitahunan kali ini. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN