Lautan merah tetap raikan kepulangan Liverpool

Lautan merah tetap raikan kepulangan Liverpool

Liverpool's players wave to supporters from an open-top bus during a parade through the streets of Liverpool in north-west England on May 29, 2022, to celebrate winning the 2021-22 League Cup and FA Cup. - Despite the disappointment of losing to real Madrid in the final of the UEAF Champions League, Klopp has called on Liverpool fans to take to the streets of the city on Sunday when they parade the League Cup and FA Cup. (Photo by Oli SCARFF / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Lautan merah membanjiri bandar Liverpool semalam bagi meraikan kejayaan Reds menutup musim dengan menjulang dua trofi dalam situasi bercampur baur dan penuh emosi.

Biarpun masih meratapi kekalahan 0-1 kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara, Sabtu lalu, sambutan yang sudah dirancang sejak awal diteruskan dengan pemain diarak menaiki bas tidak berbumbung membawa bersama dua trofi Piala FA dan Piala Liga.

Liverpool bagaimanapun kempunan dua piala yang amat diinginkan untuk mencipta sejarah merangkul empat trofi semusim, terlepas daripada buruan mereka.

Manchester City mengatasi mereka dengan kelebihan satu mata untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, manakala Sabtu lalu, Real menafikan hajat Reds untuk bergelar juara Eropah buat kali ketujuh.

Ketika penyokong memberikan sambutan hebat dengan membakar bunga api, mengibarkan bendera dan menjerit apabila pemain menaiki bas sambil mempamerkan dua trofi itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata: “Ini adalah kelab terbaik di dunia.

“Kami kalah di final Liga Juara-Juara Eropah semalam tetapi ini sambutan yang kami terima. Saya langsung tidak kisah dengan apa yang orang lain fikirkan.”

Perlawanan di Paris itu dicemari dengan kekecohan yang menyaksikan sepak mula di Stade de France terpaksa ditangguhkan selama 30 minit berikutan beribu-ribu penyokong cuba masuk ke stadium menyebabkan polis menggunakan gas pemedih mata ke atas penyokong Liverpool.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN