Konsortium Boehly diberi kelulusan beli Chelsea

Konsortium Boehly diberi kelulusan beli Chelsea

Konsortium Boehly
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Proses pengambilalihan Chelsea oleh Todd Boehly semakin hampir dilengkapkan apabila majlis Liga Perdana Inggeris (EPL) meluluskan pembelian kelab London itu yang boleh dimuktamadkan hari ini.

Konsortium Boehly-Clearlake yang bersetuju membeli Chelsea dengan harga 4.25 bilion pound (RM23.35 bilion) awal bulan ini, melepasi Ujian Pengarah dan Pemilik Liga Perdana (OADT), umum pihak liga menjelang proses mengambil alih kelab.

Cadangan itu perlu mendapat kelulusan kerajaan Britain sebelum konsortium tersebut melengkapkan pemerolehan seminggu sebelum lesen operasi Chelsea tamat pada 31 Mei.

“Majlis EPL hari ini bersetuju dengan cadangan pengambilalihan Kelab Bola Sepak Chelsea oleh Konsortium Todd Boehly/Clearlake.

“Pembelian itu bergantung kepada lesen pembelian yang dikeluarkan Kerajaan (Britain) dan melengkapkan transaksi tahap akhir diperlukan,” kata EPL dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Britain dalam proses meluluskan penjualan Chelsea selepas pemiliknya dari Rusia, Roman Abramovich memberi jaminan tidak mendapat keuntungan daripada rundingan itu, kata sumber.

Abramovich yang kini berdepan sekatan kerajaan Britain mahu menjual kelab London itu sejak awal Mac berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine, yang disifatkan Moscow sebagai operasi khas tentera.

Sebelum ini dilaporkan Konsortium dari Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Todd Boehly menandatangani perjanjian untuk membeli Chelsea daripada Roman Abramovich dan hanya menunggu kelulusan kerajaan United Kingdom (UK) serta Liga Perdana Inggeris.

Kumpulan yang diketuai pemilik bersama LA Dodgers itu dan disokong firma pelaburan AS, Clearlake Capital mengatasi bidaan Jim Ratcliffe serta konsortium lain diketuai Stephen Pagliuca dan Martin Broughton pada saat akhir untuk menjadi pemilik baharu kelab London itu.

Chelsea diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mencari pembida baharu selepas lesen sementara yang dikeluarkan kerajaan UK untuk kelab itu beroperasi tamat pada tarikh berkenaan.

Kumpulan yang dilantik Abramovich untuk menguruskan penjualan kelab, Raine Group sudah memilih pembida mereka dan kerajaan kini boleh mengeluarkan lesen berasingan bagi membolehkan Blues dijual. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN