Kehadiran Polking tidak gerunkan Malaysia

Kehadiran Polking tidak gerunkan Malaysia

Alexandre Polking
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran jurulatih skuad senior Thailand, Alexandre Polking mengendalikan pasukan muda mereka pada Sukan SEA Vietnam tidak menggerunkan Malaysia bawah 23 (B-23) apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi pembukaan Kumpulan B esok.

Menjelang pertembungan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh itu, pemain tengah Harimau Malaya B-23, Mukhairi Ajmal Mahadi menegaskan, fokus mereka hanya kepada mempersiapkan pasukan sendiri menjadi barisan terbaik.

Pemain Selangor FC itu berkata, sesiapa sahaja yang melatih Thailand bukan masalah mereka kerana dia yakin dengan kemampuan Ketua Jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney mengemudi pasukan dalam misi mencipta kejayaan membanggakan.

“Saya percaya kepada jurulatih (Maloney) sebab dia sudah tahu semua pemain di sini dan dia sudah tahu barisan pemain boleh ikut taktikalnya, dia juga mengumpulkan pemain yang faham dan boleh melaksanakan perancangannya.

Alexandre Polking (kiri) bersama Brad Maloney.

“Bagi saya ini pun satu pendedahan untuk Skuad B-23, dan kita akan berikanlah apa yang kita ada, dan saya percaya kepada rakan sepasukan saya boleh buat untuk perlawanan itu (menentang Thailand),” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Bulan lalu, Polking jurulatih kelahiran Brazil diumumkan sebagai pengendali skuad Thailand ke Sukan SEA ke-31 setelah membantu pasukan senior menjuarai Piala AFF 2020, Januari lalu.

Kejayaan merangkul gelaran juara kejohanan dwitahunan itu hadir hanya tiga bulan selepas beliau dilantik sebagai jurulatih skuad Gajah Perang pada penghujung September tahun lalu bagi menggantikan jurulatih dari Jepun Akira Nishino yang dipecat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.