Kecederaan Salah resahkan Liverpool

Kecederaan Salah resahkan Liverpool

MOHAMED Salah (kanan) meraikan kejayaan Liverpool muncul juara Piala FA bersama Thiago Alcantara. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah yakin dia sempat cergas untuk menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas mengalami kecederaan ketika Liverpool menewaskan Chelsea untuk menjulang Piala FA, awal pagi tadi.

Salah terpaksa dikeluarkan hanya selepas 30 minit beraksi di Wembley setelah mengadu sakit di bahagian pangkal paha.

Biarpun tanpa pemain utama itu, Liverpool berjaya merangkul trofi kedua musim ini menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas masa sebenar perlawanan berakhir 0-0.

Liverpool perlu mengharungi baki dua perlawanan Liga Perdana Inggeris, di mana mereka ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City sebelum berdepan Real Madrid di Paris pada 28 Mei.

Ketika ditanya pemberita sama ada dia akan cergas untuk beraksi menentang Los Blancos, dengan wajah tersenyum Salah menjawab: “Sudah tentu”.

Salah bukan satu-satunya pemain Liverpool yang berdepan kecederaan di utara London itu.

Bek kiri, Andrew Robertson juga terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kekejangan untuk diganti dengan Konstantinos Tsimikas, yang berjaya menyempurnakan penalti kemenangan.

Pertahanan tengah, Virgil van Dijk turut menimbulkan keresahan apabila dikeluarkan pada masa tambahan untuk digantikan dengan Joel Matip.

Van Dijk mengalami masalah dengan lutut, namun berharap ia hanya kecederaan ringan.

“Semoga semuanya baik-baik sahaja. Kami akan melakukan ujian dan pemeriksaan.

“Saya merasakannya pada separuh masa pertama ketika berlari laju. Saya berasa sakit di bahagian belakang lutut saya ketika bermain.

“Saya tidak boleh mengambil risiko untuk pasukan dan perlu mempercayai Joel. Mudah-mudahan ia akan baik-baik saja,” kata Van Dijk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya