'Kami main demi penyokong, bukan Liverpool'

‘Kami main demi penyokong, bukan Liverpool’

STEVEN GERRARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Steven Gerrard menafikan pasukannya ‘melepaskan’ perlawanan menentang Burnley semalam kerana mahu memberikan 100 peratus untuk mengalahkan Manchester City dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Ketika pasukannya sudahpun terselamat dari zon penyingkiran, apa pun keputusan dalam baki saingan tidak akan memberi makna kepada Villa yang kekal berada di pertengahan liga.

Begitupun, Villa akan ‘membantu’ bekas kelab Gerrard, Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana jika mereka menewaskan City yang memerlukan kemenangan dalam aksi terakhir liga untuk mempertahankan kejuaraan.

Biarpun Villa tidak terlibat dalam persaingan mengelak penyingkiran, namun terdapat keraguan mengenai masa depan Gerrard musim depan tetapi legenda The Reds itu menegaskan, setiap perlawanan amat penting buatnya.

STEVEN Gerrard ketika mengetuai Liverpool menjulang gelaran Eropah 2005.

“Tidak. Mungkin itu (membantu Liverpool menjulang liga) adalah pandangan mereka tetapi saya tidak terlibat dalam persaingan mengelak penyingkiran atau perlumbaan merebut kejuaraan.

“Saya pengurus Aston Villa, dan kami hanya mahu menang untuk menggembirakan ribuan penyokong. Menjadi tanggungjawab saya untuk memenangi semua perlawanan,” kata bekas kapten England dan Liverpool itu.

Memasuki hari terakhir perlawanan, City mendahului saingan dengan 90 mata, hanya satu mata meninggalkan Liverpool, yang masih di landasan untuk memburu empat trofi musim ini.

Selepas muncul juara Piala Liga dan Piala FA, Reds masih berharap untuk memiliki kejuaraan Liga Perdana, selain akan berdepan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah di Paris, 28 Mei ini.

City pula hanya mempunyai Liga Perdana untuk dimenangi pada ketika cabaran mereka dalam kejohanan lain berakhir awal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN