Melaka teliti cadangan kerja dari rumah untuk sektor awam – Ab. Rauf

Melaka teliti cadangan kerja dari rumah untuk sektor awam – Ab. Rauf

AB. RAUF Yusoh melayani tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri, Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 di MITC, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti secara menyeluruh cadangan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah dalam sektor awam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan pendekatan itu dipertimbangkan dalam sektor awam, pelaksanaannya perlu mengambil kira kesesuaian fungsi setiap jabatan.

“Tidak semua sektor boleh melaksanakan kerja dari rumah kerana ada yang masih memerlukan kehadiran fizikal untuk memastikan operasi berjalan lancar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri, Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri sedang memantau rapi situasi bekalan air susulan cuaca panas ketika ini.

Menurutnya, paras air di empangan negeri masih terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan catuan air.

“Kita akan terus memaklumkan perkembangan semasa kepada rakyat sekiranya keadaan memerlukan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kadar air tidak berhasil (non-revenue water) berjaya dikurangkan kepada sekitar 50 peratus melalui langkah pengawalan tekanan air pada waktu malam, sekali gus membantu mengelakkan pembaziran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN