JDT panggil balik Syafiq Ahmad

JDT panggil balik Syafiq Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya lima bulan selepas dipinjamkan kepada Kedah, Syafiq Ahmad akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT dalam satu kenyataan ringkas di Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini berkata, penyerang kebangsaan berusia 26 tahun itu akan melapor diri selepas tamat cuti antarabangsa.

Syafiq menjadi watak penting buat skuad Sang Kenari di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak dengan diturunkan dalam kesebelasan utama dalam kebanyakan perlawanan.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super bersama Kedah, dia telah merekodkan sebanyak dua gol dan tiga bantuan jaringan.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim akan memanggil semula Syafiq Ahmad daripada pinjamannya di Kedah Darul Aman FC. Beliau akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa,” kata JDT dalam kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN