JDT II raih tiga mata berharga

JDT II raih tiga mata berharga

PENJAGA gol Selangor II, Sikh Izhan Nazrel untuk menyelamatkan bola daripada ditanduk penyerang JDT II, Fernando Rodriguez pada aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Selangor II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini malam ini.

Pemain gantian, Gabriel Nistelrooy Anak Tamin muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada hujung permainan untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.

JDT II mendominasi permainan dan dilihat lebih banyak melakukan serangan dalam usaha memburu gol awal.

Pada minit ke-22, Daryl Sham yang berada di sudut sukar melakukan percubaan tepat ke arah gol namun penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman berjaya menafikan percubaan tersebut.

Biarpun tuan rumah lebih banyak melakukan serangan, pasukan kendalian Rusdi Suparman terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi sepakan bebas Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd. Lazim pada minit ke-29.

PENYERANG JDT II, Daryl Sham diasak pertahanan Selangor II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, malam ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Mariano Echeverria beraksi lebih garang dan hampir meraih gol awal namun tandukan Adam Nor Azlin berpunca sepakan sudut berjaya dihadang pemain Selangor II

Asakan demi asakan dilancarkan akhirnya JDT II dihadiahkan sepakan penalti setelah hantaran Bienvenido Maranon ke dalam kotak penalti mencari Rodriguez terkena tangan pertahanan lawan

Fernando Rodriguez tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Sikh Izhan Nazrel bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Ramadhan Saifullah hampir meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-55, namun rembatan lencongnya dari sayap kanan sedikit tersasar melewati palang gol lawan.

JDT II menambah gol berpunca daripada gerakan Sidibe sebelum melorongkan bola kepada Rodriguez bagi menggandakan jaringan peribadinya pada minit ke-60.

Khairi Suffian Khaineyusri yang dibawa masuk menggantikan Abdul Rahman Daud hanya memerlukan kurang dua minit untuk mencipta jaringan menolak masuk lorongan bola Fakrul Fareez Aidi untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Pada minit ke-79, Sidibe mengujikan kecekapan pemain dengan melakukan sepakan voli namun percubaannya itu tidak berupaya menewaskan penjaga gol yang menghidu percubaan tersebut.

Serangan bertali arus di hujung babak permainan menyaksikan pasukan JDT II berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil jaringan Gabriel Nistelrooy pada minit akhir menghukum kesilapan lawan mengeluarkan bola dari zon bahaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.