Ibrahimovic masih mahu terus bermain

Ibrahimovic masih mahu terus bermain

ZLATAN IBRAHIMOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Pada usia bakal menginjak 41 tahun, 3 Oktober ini, Zlatan Ibrahimovic mahu terus bermain biarpun kontraknya bersama AC Milan telah tamat dan terpaksa berehat panjang akibat pembedahan lutut.

“Apa yang saya faham, dia mempunyai niat untuk terus bermain.

“Kami telah membuat temu janji dalam dua minggu lagi. Saya tidak nampak sebarang masalah untuk mencapai persetujuan,” kata Pengarah Milan, Paolo Maldini kepada Gazzetta dello Sport.

Ibrahimovic yang kembali ke Milan pada Januari 2020, lapan tahun selepas meninggalkan kelab Itali baru sahaja membantu mereka merangkul trofi Serie A pertama sejak 2011.

Bekas penyerang Inter Milan, Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Barcelona dan Manchester United itu terpaksa menanggung sakit lutut selama enam bulan kerana mahu menunaikan janjinya memberi mahkota Serie A pertama pertama buat Milan selepas 11 tahun.

Rabu lalu, bintang Sweden itu menjalani pembedahan membina semula ligamen anterior cruciate (ACL) lutut kiri yang mungkin mengetepikannya selama lapan bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya