Hormat nama saya, terutama peminat bola sepak England - Courtois

Hormat nama saya, terutama peminat bola sepak England – Courtois

PEMAIN Real Madrid meraikan kejayaan mereka muncul juara Eropah selepas menumpaskan Liverpool dalam final di Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Selepas mempamer aksi cemerlang ketika membantu Real Madrid menumpaskan Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ke-14, Thibaut Courtois menuntut peminat bola sepak agar lebih ‘menghormati nama saya’.

Penjaga gol Belgium itu mengharungi musim pertama yang sukar ketika tiba di Madrid pada 2018, namun selepas itu, dia menjadi benteng ampuh Los Blancos, terutama ketika barisan belakang mereka kerap terdedah.

Walaupun Real berterima kasih kepada Vinicius Jr. yang meledak jaringan tunggal kemenangan pada minit ke-59, namun Courtois adalah wira mereka selepas menafikan hajat Liverpool untuk menjaringkan walau satu gol daripada lebih 20 percubaan yang dilancarkan.

PEMAIN Real Madrid memeluk Thibaut Courtois selepas menyelamatkan percubaan bahaya penyerang Liverpool, Mohamed Salah. – AFP

Bercakap selepas perlawanan, Courtois, 30, berkata, dia telah memberi sumbangan dalam banyak cara biarpun ramai yang meragui kemampuannya.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan prestasi pasukan. Apabila saya perlu berada di sana, saya berada di sana untuk pasukan.

“Kami telah menewaskan kelab terbaik di dunia. Liverpool sangat kuat hari ini. Saya rasa saya bermain dengan hebat dan itu yang membawa perbezaan.

THIBAUT Courtois bersama trofi Liga Juara-Juara.

“Semalam saya beritahu rakan-rakan saya, bila Real Madrid bermain di final, mereka akan menang. Saya berada sejarah pasukan yang bagus.

“Hari ini saya perlu menang perlawanan akhir demi karier, untuk semua kerja keras dan memastikan nama saya dihormati kerana saya tidak fikir saya menerima penghormatan yang sepatutnya, terutama di England,” kata Courtois kepada BT Sport.

Courtois pernah menyarung jersi Chelsea dari 2011 hingga 2018 tetapi dipinjam kepada Atletico Madrid dari 2011 hingga 2014 sebelum menyertai Real. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya