Harimau Malaya tunjuk taring

Harimau Malaya tunjuk taring

SYAFIQ Ahmad (tiga, kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan pada aksi persahabatan menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun tidak beraksi di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil menghadirkan tuah buat Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2023, bulan depan.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa pertama menentang Brunei, skuad bimbingan Kim Pan Gon mengaum apabila meraih kemenangan 4-0.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kebangsaan tidak menunggu lama untuk mengancam kubu lawan menerusi rembatan Mohamad Faisal Abdul Halim yang terkena pemain lawan pada minit ke 13.

FAISAL Halim melakukan tendangan ketika membantu Malaysia menumpaskan Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selang dua minit kemudian stadium terus bergema selepas Syafiq Ahmad menjaringkan gol pertama pasukan menerusi tandukan untuk menewaskan penjaga gol Brunei, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring.

Pemain paling berpengalaman dan senior skuad kebangsaan, Safiq Rahim turut berpeluang menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-25 namun tolakan lemahnya sedikit tersasar.

Begitu juga dengan Syamer Kutty Abba dan Syafiq yang turut terlepas peluang menjaringkan gol pada minit ke-31 dan 40.

SYAMER Kutty Abba (tengah) dan Junior Eldstal (kanan) meraikan jaringan Syafiq Ahmad di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Ketika babak pertama hampir berakhir dengan kelebihan satu gol milik Malaysia, Syamer akhirnya mencatatkan nama selaku penjaring gol kedua pada masa kecederaan.

Memasuki babak kedua, menyedari suntikan baru perlu dijelmakan, Pan-gon membuat lima pertukaran sekali gus.

Ternyata pertukaran tersebut membuahkan hasil selepas Faisal yang mendapat hantaran dari Guilherme De Paula tidak berdepan masalah merembat kencang untuk menewaskan Haimie buat kali ketiga pada minit ke-57.

JUNIOR Eldstal (kiri) menanduk bola keluar ketika membantu Malaysia menumpaskan Brunei dalam aksi persahabatan Tier 1.

Malaysia terus selesa di depan mengatasi Brunei selepas De Paula menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kota penalti.

Ini merupakan kemenangan ke-14 buat Harimau Malaya sejak 1971,  yang mana kali terakhir Malaysia menewaskan Brunei di Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dengan kemenangan 5-0. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya