Hanya mahu menang, bukan balas dendam

Hanya mahu menang, bukan balas dendam

HARIMAU Malaya B-23 bersedia untuk memburu kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B, Sukan SEA 2021 menentang Laos malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney tidak melihat pertembungan menentang Laos malam ini pentas membalas dendam ekoran kekalahan pada Kejuaraan AFF B-23, ­Februari lalu.

Beliau hanya mahu meraih kemena­ngan tanpa memikirkan sentimen lain dan berharap anak-anak buahnya dapat menampilkan aksi terbaik.

“Aksi malam ini bukanlah dendam dan tidak pernah terlintas di fikiran saya. Ini kejohanan yang berbeza sama sekali.

“Kami mahu memberi persembahan baik untuk me­raih keputusan terbaik,” kata­nya.

Kali terakhir Malaysia menentang Laos di Kemboja, Februari lalu, skuad muda negara kalah 1-2 dan 0-2 kepada skuad Million Elephants.

Dua kekalahan di Phnom Penh itu menyebabkan anak-anak buay Maloney tersingkir awal daripada kejohanan.

Katanya, Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meraih tiga mata penuh malam ini bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir, apatah lagi ketika Laos dilihat tidak segagah tiga bulan lalu.

Laos berjaya mengikat ­Singapura, 2-2 dalam aksi pembukaan, namun dibelasah 4-1 oleh Kemboja malam kelmarin.

Peluang kini dilihat memihak Malaysia terutamanya daripada segi tempoh masa rehat berbanding Laos.

Sementara itu, ditanya me­ngenai prestasi Thailand yang membelasah Singapura 5-0 kelmarin, Maloney me­ngakui skuad Gajah Perang itu

sememangnya pilihan untuk memenangi pingat emas buat kali ke-17 dalam temasya kali ini.

“Thailand menunjukkan sekali lagi bahawa mereka adalah pasukan yang berkualiti dan layak menjadi pilihan untuk bergelar juara,.

“Begitupun kita juga mempunyai kualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya