MANCHESTER: Erling Haaland bakal menjadi pemain Manchester City minggu ini selepas lulus ujian perubatan dan juara Liga Perdana itu memberitahu Borussia Dortmund mereka akan mengaktifkan klausa pelepasan penyerang berusia 21 tahun itu.
Bayaran itu difahamkan kurang daripada 64 juta pound (RM346 juta) yang telah dilaporkan secara meluas sebelum ini.
Perjanjian itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh kelab Jerman Dortmund setelah Haaland menyuarakan hasratnya untuk pergi selepas dua setengah tahun.
Syarat peribadi antara pemain dan City telah dipersetujui. Haaland akan memperoleh gaji asas sekitar 350,000 pound (RM1.89 juta) seminggu dengan bonus besar dan bersedia menandatangani kontrak lima tahun.
Erling Haaland to Manchester City, here we go! Haaland has passed medical tests as new Man City player today, he’s back in Dortmund. It will be OFFICIAL this week ?? #MCFC
Man City told BVB board that they will activate release clause [closer to €60m than €75m] in few hours. pic.twitter.com/heYobi8S1Y
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 9, 2022
Bagi pengurus Manchester City, Pep Guardiola, perjanjian itu menamatkan pencariannya untuk pengganti jangka panjang kepada penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero.
Guardiola memulakan usaha mencari pengganti pemain Argentina itu pada musim panas lalu apabila dia berlepas ke Barcelona.
Pada masa itu sasaran No. 1 ialah Harry Kane tetapi City telah dihalang oleh Pengerusi Tottenham, Daniel Levy yang meletakkan tanda harga 150 juta pound (RM811 juta) untuk kapten England tersebut.
Guardiola akhirnya mendapatkan Jack Grealish dengan rekod Britain, 100 juta pound (RM540.60 juta). – UTUSAN ONLINE