FAM sasar kehadiran 80,000 penyokong

FAM sasar kehadiran 80,000 penyokong

FAM mengharapkan penyokong Harimau Malaya akan membanjiri Stadium Bukit Jalil dalam kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyasarkan kehadiran 80,000 penyokong bagi menyaksikan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya, Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM, Datuk Posa Majais berkata, penyokong bola sepak negara bakal memenuhi venue utama terbabit selepas dua tahun tidak menyaksikan persembahan skuad Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, lebih istimewa FAM menawarkan harga istimewa iaitu RM100 kepada penyokong bola sepak untuk menyaksikan enam perlawanan kelak.

“Dengan harga RM100 itu, penyokong akan dapat menonton perlawanan Bahrain menentang Bangladesh dan Turkmenistan bertemu Malaysia pada 8 Jun depan.

“Penyokong bola sepak juga boleh menyaksikan perlawanan antara Bangladesh menentang Turkmenistan dan Malaysia bertemu Bahrain (11 Jun).

POSA MAJAIS

“Perlawanan lain adalah membabitkan Bahrain melawan Turkmenistan dan Malaysia menentang Bangladesh pada 14 Jun depan denfan kesemuanya di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Posa yang juga Naib Presiden FAM berkata, pengenalan ‘Tiket Kombo RM100’ itu dibuat bagi memudahkan para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga Hari Perlawanan itu tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan, selain dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.

“FAM berprihatin terhadap penyokong yang merancang ke stadium untuk ketiga-tiga hari perlawanan bagi saingan kelayakan Kumpulan E ini dan sebagai tanda penghargaan daripada FAM.

“Bagaimanapun, tawaran ‘Tiket Kombo RM100’ ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh selama dua minggu sahaja iaitu bermula Isnin depan, 16 Mei 2022 sehingga Ahad, 29 Mei 2022 secara pembelian dalam talian di www.tickethotline.com.my,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya