Emoji Jalur Gemilang popular di Twitter semasa Sukan SEA

Emoji Jalur Gemilang popular di Twitter semasa Sukan SEA

Emoji yang popular di Twitter semasa Sukan SEA Vietnam berlangsung baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepanjang temasya Sukan SEA Vietnam berlangsung pada 12 hingga 23 Mei lalu, terdapat lebih 33 juta Tweets berkaitan #SEAGames2021 di seluruh dunia.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 11 peratus Tweets dari Asia Tenggara adalah datang dari Malaysia untuk memberi semangat kepada atlet-atlet negara yang bertanding.

Sepanjang tempoh temasya sukan dwitahunan itu berlangsung, emoji yang paling popular ialah Jalur Gemilang, api (semangat membara) dan juga gambar piala.

Tanda pagar yang popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia

Manakala tanda pagar yang popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia pula ialah #badmintonmalaysia, #demimalaysia, #seagames32, #seagames2021 dan #semarakjuara.

Ia jelas menunjukkan Twitter menjadi tempat para peminat sukan mengetahui #WhatsHappening dalam #SEAGames2021 dan dalam masa sama memberi sokongan kepada atlet dan pasukan negara.

Semasa #SEAGames2021, rakyat Malaysia menceriakan wira-wira sukan mereka dan meraikan semua pingat yang dimenangi, termasuk 39 pingat emas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya