Emas 21 tahun ubah nasib golf Malaysia

Emas 21 tahun ubah nasib golf Malaysia

AHMAD Faizal Azumu (tengah) dan Mohd. Anwar Mohd. Nor (empat, kanan) bersama pemain negara dalam majlis Meraikan Pasukan Golf Sukan SEA 2021 di Kelab Golf Diraja Selangor, Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas empat tahun tidak menerima bantuan, Persatuan Golf Malaysia (MGA) menarik nafas lega apabila kejayaan membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada Sukan SEA Vietnam meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KSB) untuk memberi dana lebih besar kepada mereka.

Pada edisi ke-31 temasya dua minggu lalu, golf melakar sejarah apabila menamatkan kemarau 21 tahun dengan memenangi pingat emas acara individu dan berpasukan lelaki, selain meraih perak berpasukan wanita serta gangsa individu wanita.

“Sudah tentu MGA memerlukan bantuan kewangan untuk mengekalkan prestasi pasukan. ­Kebiasaannya dulu kita perlu RM1 juta setahun dan kos itu ­termasuk menghantar pemain menyertai kejohanan antarabangsa.

“Sebelum ini kita ada me­nerima RM200,000 daripada KBS tetapi sekarang sudah empat tahun kami tidak menerima apa-apa.

“Dengan adanya dua emas, satu perak dan satu gangsa ini, kita harap KBS bersedia untuk berbincang dengan kita mengenai pemberian dana,” kata Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dalam majlis Meraikan Pasukan Golf Sukan SEA 2021 di Kelab Golf Diraja Selangor semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang hadir pada majlis itu memberi jaminan akan menyalurkan sokongan kewangan kepada persatuan berkenaan bagi mengekalkan prestasi pasukan kebangsaan.

Ahmad Faizal juga me­negaskan, KBS akan berusaha membantu MGA menyediakan jurulatih dan ahli psikologi, termasuk peruntukan kewangan.

“Ini perkara yang boleh kita perbincangkan bagi memantapkan lagi MGA. Untuk kita buat semua sekali pada satu masa memang sukar kerana golf agak berbeza dengan sukan lain.

“Bagi golf, setiap pemain memerlukan ekosistem tersendiri iaitu jurulatih dan ahli psikologi sukan yang mungkin hanya sesuai dengan satu-satu pemain sahaja, tidak sesuai dengan pemain lain. Golf bukan seperti bola iaitu ramai pemain boleh dilatih seorang jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya