Covid gagal ragut impian Mike untuk memburu emas

Covid gagal ragut impian Mike untuk memburu emas

Syarul Azman Mahen berjaya raih gelaran dunia kelima di Phuket, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Semangat jaguh bina badan negara, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah berada di tahap terbaik, selain optimis mampu merangkul pingat emas di Sukan SEA Hanoi, Vietnam hari ini.

Syarul atau lebih mesra disapa Mike sebelum ini, dikesan positif Co­vid-19 namun kelmarin Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mengesahkan Mr Asia lima kali itu bebas daripada sebarang jangkitan dan seterusnya dibenarkan beraksi dalam acara Athletics Physique lelaki.

Perkhabaran itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada Mike, malah dia mengambil perkara itu sebagai satu cabaran untuknya.

“Alhamdulillah, saya rasa gembira dibenarkan untuk bertanding. Saya pun pelik sebab datang ke sini dengan keadaan sihat, tak tahu hendak cakap macam mana (mengenai jangkitan berkenaan).

“Apa pun saya berterima kasih dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pegawai perubatan kerana akhirnya keputusan saya negatif,” katanya.

PBBM turut sentiasa memantau rapi dan selepas lima kali ujian ujian pantas antigen (RTK-Ag), atlet harapan mereka itu akan tampil di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

“Akhirnya saya boleh bertanding selepas dua hari perkara ini mengganggu fikiran saya, tapi kali ini saya kembali bersemangat. Saya mahu mendapatkan pingat emas untuk negara,” ujarnya.

Kelmarin, skuad bina badan negara, berjaya meraih perak melalui Azri Asmat Safri dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki pada penampilan sulungnya di Sukan SEA.

Sementara itu, dalam acara 65kg lelaki, Malvern Abdullah berpuas hati untuk meraih gangsa dengan lawannya dari Thailand dan Vietnam lebih menyerlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya