Bukan menang nasib - Maloney

Bukan menang nasib – Maloney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brad Maloney menegaskan kejayaan Malaysia menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pembukaan bola sepak lelaki Sukan SEA Vietnam kelmarin bukan kerana nasib.

Tegas pengendali kelahiran Australia itu, tiga mata penting yang diraih dengan menewaskan skuad Gajah Perang dicapai hasil usaha keras dan komitmen ditunjukkan anak buahnya.

“Kita menghormati Thailand tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak takut lawan mereka dan pemain bekerja keras hampir 98 minit untuk mengubah keputusan perlawanan.

“Pemain lakukan apa yang patut mereka lakukan di atas padang dan kemenangan ini adalah ganjaran atas usaha keras mereka.

“Sukar buat pasukan yang kehilangan seorang pemain, jadi kami memanfaatkan peluang yang ada.

“Saya juga gembira dengan pertukaran yang dilakukan di mana pemain yang baru dimasukkan be­kerja dengan keras. Kemasukan mereka membantu menambah baik aspek permainan dan hasilnya, kami mendapat keputusan positif,” ujar Maloney.

DUA pertahanan Malaysia, Harith Haiqal Adam Afkar (kiri) dan Ahmad Zikri Khalili cuba menghalang penyerang Thailand, Patrik Gustavsson dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Thien Truong, Malaysia beraksi dengan kelebihan seorang pemain hampir 50 minit untuk menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan pada separuh masa pertama.

Jaringan pada masa kecederaan menerusi Azfar Fikri Azhar membolehkan Malaysia merakam kemenangan 2-1 ke atas pemenang 16 pingat emas Sukan SEA itu, sekali gus membuka kempen kali ini dengan langkah kanan.

Terdahulu Thailand berjaya mendahului pada minit ke-33 menerusi Patrik Gustavsson sebelum Danial Asri menyamakan kedudukan minit ke-61.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di tangga teratas Kumpulan B, namun Maloney enggan terlalu memikirkan slot separuh akhir.

“Masih terlalu awal dan ada tiga lagi perlawanan di peringkat kumpulan. Kemenangan ini satu yang positif tetapi kita perlu kekal fokus untuk perlawanan sete­rusnya sebelum berfikir mengenai perkara lain,” kata Maloney.

Malaysia akan menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan B, Rabu ini sebelum berdepan ­Singapura (Sabtu) dan Kemboja, dua hari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya