Beregu campuran raih emas selepas 23 tahun

Beregu campuran raih emas selepas 23 tahun

Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mencipta kejutan menewaskan pilihan utama dari Indonesia-Gambar FB BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Emas pertama dalam tempoh 23 yang diraih beregu campuran negara pada Sukan SEA Vietnam memberi kegembiraan buat peminat badminton selepas kecewa dengan aksi Piala Thomas dan Piala Uber baru-baru ini.

Pingat emas ke-38 untuk kontinjen negara pada edisi ke-31 temasya akan hadir secara rasmi esok selepas dua pasangan negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See berentap sesama sendiri di pentas final.

Pertembungan dua beregu muda negara itu  sekali gus memenuhi sasaran satu emas yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malaysia yang menghantar 100 peratus pemain pelapis sebelum ini turut meraih perak dalam berpasukan lelaki.

Tan Jie dan Yen Wei mara ke final selepas mengejutkan pilihan utama dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Mentari 20-22, 21-13, 21-18, manakala Pang Ron-Yee See menewaskan Adnan Maulana-Mychelle Bandaso 18-21, 21-16 ,21-17 juga dari Indonesia.

Lebih membanggakan, pingat emas itu hadir selepas kali terakhir Malaysia memenangi acara beregu campuran pada 1999 di Sukan SEA Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee.

Ini bermakna, badminton akan pulang bersama satu emas, dua perak dan satu gangsa dari Hanoi.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya