Bale cipta rekod biarpun hanya bermain tujuh minit

Bale cipta rekod biarpun hanya bermain tujuh minit

GARETH Bale memegang rekod memenangi lima trofi Eropah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gareth Bale berkongsi rekod bersama Cristiano Ro­naldo dan Karim Benzema merangkul lima trofi Liga Juara-Juara biarpun hanya ­beraksi selama tujuh minit dalam saingan kelab elit Eropah itu musim ini.

Pemain sayap Wales berusia 32 tahun itu hanya memanaskan bangku simpanan ketika Real Madrid menumpaskan Liverpool 1-0 dalam perlawanan akhir semalam.

Begitupun Bale muncul antara pemain paling berjaya dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan menjulang trofi 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2022, semuanya bersama Los Blancos.

GARETH Bale mempunyai hubungan dingin dengan penyokong Real Madrid.

Bale muncul wira Real ketika mereka mengalahkan Reds dalam final 2018 menerusi gol akrobatik dan rembatan jarak jauh, namun sentuhannya tidak diperlukan oleh pengurus pasukan, Carlo Ancelotti di Stade de France semalam.

Situasi itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan penyokong Real, sama ada Bale layak diangkat sebagai le­genda atau bahan jenaka.

“Persembahan hebat daripada Gareth Bale. Bagi saya dia MOTM (Pemain Terbaik Perlawanan),” tulis seorang peminat di Twitter.

“Bagus untuk melihat ­Gareth Bale di sana. Dia harus dikenang sebagai legenda Real Madrid dan antara eksport terbesar bola sepak Britain,” tulis yang lain.

Sejak tiba di Madrid pada 2013, Bale telah memenangi 16 trofi, namun dia gagal membina hubungan baik dengan penyokong Los Blancos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN