‘Saya mahu rangkul gelaran Grand Slam’

Alcaraz mahu rangkul gelaran Grand Slam

CARLOS Alcaraz meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Madrid selepas menumpaskan Alexander Zverev di Caja Magica, Madrid semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Carlos Alcaraz mene­gaskan, dia mahu memahat satu lagi sejarah, memburu kejuaraan Grand Slam Terbuka Perancis yang membuka tirai, Ahad depan selepas melengkapkan kisah ‘dongeng’ dalam kariernya dengan menjuarai Terbuka Madrid semalam.

Bintang tenis remaja Sepanyol berusia 19 tahun itu me­numpaskan juara bertahan dan pemain No. 3 dunia, Alexander Zverev dari Jerman 6-3, 6-1, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pilihan utama di Roland Garros.

Dalam laluan ke final, ­Alcaraz mengejutkan ‘raja ge­langgang tanah liat’ dan rakan senegara, Rafael Nadal di suku akhir sebelum menyingkirkan pemain No. 1 dunia dari Serbia, Novak Djokovic pada separuh akhir.

Kemenangan itu bermakna Alcaraz kini memenangi lima perlawanan akhir Jelajah ATP dan menjadi juara termuda dalam semua kejohanan tersebut.

“Ya, saya fikir saya sudah bersedia untuk memenangi Grand Slam. Saya fikir saya sudah bersedia untuk melakukannya.

“Itu adalah matlamat saya tahun ini, cuba dapatkan Grand Slam pertama.

“Saya akan berusaha untuk itu dan mari lihat apa yang akan berlaku di Roland Garros,” kata Alcaraz kepada TV Tenis.

Alcaraz menarik diri daripada kejohanan Internazionali d’Italia bagi memastikan dia mendapat rehat secukupnya dan fokus untuk aksi n di Paris.

ALEXANDER Zverev ketika membalas pukulan Carlos Alcaraz. – AFP

Dia mara ke pusingan ketiga tahun ­lalu, namun kekuatannya 12 tahun lepas tidak sehebat sekarang.

Sementara itu, Zverev memuji Alcaraz sebagai ‘pemain terbaik di dunia’ ketika ini selepas perlawanan, namun mengkritik ATP (Persatuan Tenis Profesional) kerana terpaksa beraksi lewat malam sebelum final.

“(Carlos) bermain de­ngan luar biasa, tiada keraguan mengenainya tetapi satu perkara yang saya perlu katakan, ATP amat mengecewakan.

“Dua hari lalu saya tidur 4 pagi dan 4.30 pagi. Semalam saya tidur pukul 5.20 pagi,” katanya yang menentang Stefanos Tsitsipas pada pukul 11 malam di separuh akhir kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya