Sukan Asia 2022 tidak dibatalkan - Norza

Sukan Asia 2022 tidak dibatalkan – Norza

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar angin kemungkinan Sukan Asia ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China dibatalkan adalah palsu.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan perkara tersebut selepas melakukan siasatan, termasuk menghubungi pihak berkaitan untuk mengetahui situasi sebenar mengenai khabar angin itu.

Jelasnya, Sukan Asia yang dijadualkan 10 hingga 25 September akan berlangsung seperti dirancang walaupun dikhabarkan kes Covid-19 di China meningkat.

“Kita sudah membuat siasatan sendiri termasuk menghubungi terus penganjur dan pihak berkaitan. Mereka sahkan tidak ditunda atau dibatalkan. Oleh itu, sukan Asia akan berlangsung seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MOM, di sini hari ini.

Khabar angin yang mengatakan Sukan Asia 2022 di China kemungkinan ditangguh bertiup kencang selain turut dikatakan akan ditunda ke tahun hadapan.

Menurut seorang pegawai Majlis Olimpik Asia (OCA) kepada agensi berita AFP, temasya yang dijadual bermula pada September di Hangzhou dekat Shanghai ketika ini sedang berdepan dengan peningkatan kes Covid-19 yang mencemaskan.

HUSAIN AL-MUSALLAM

“Belum ada keputusan rasmi lagi dibuat oleh jawatankuasa sehingga kini. Tetapi ada kemungkinan ia akan ditangguhkan,” ujar Pengarah Urusan OCA, Husain Al-Musallam.

Kebanyakan acara sukan antarabangsa di negara itu juga ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 walaupun Beijing menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari lalu dengan peraturan ketat.

Shanghai yang juga bandar terbesar di China menyaksikan penularan wabak Covid-19 paling dahsyat di negara itu dalam tempoh dua tahun menyebabkan 25 juta penduduknya berkurung di rumah selama berminggu-minggu susulan sekatan dikenakan ke atas mereka.

Kesemua 56 venue pertandingan itu siap dibina dengan China selaku penganjur juga berjanji merancang pelan kawalan virus berpandukan Sukan Olimpik Musim Sejuk lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya