Piala Emas Khir Johari 'masih gelanggang' Julai ini

Piala Emas Khir Johari ‘masuk gelanggang’ Julai ini

Mohd. Sumali Reduan (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat PSM baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan sepak takraw tertua di negara ini iaitu Piala Emas Khir Johari ke-56 akan kembali dianjurkan pada Julai dengan menggunakan format trio berpasukan.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, kejohanan tersebut akan dibuka kepada semua ahli gabungan badan induk itu dengan kerjasama stesen televisyen berbayar, Astro.

“Penganjuran kejohanan yang merupakan pertandingan tertua di negara ini telahpun mendapat persetujuan Astro yang telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai rakan strategik,” katanya.

Menurutnya, selain Piala Emas Khir Johari, PSM turut memberi fokus kepada pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

Jelas Sumali, antara kejohanan yang akan dianjurkan semula adalah Grand Prix Kebangsaan serta Kejohanan Remaja Kebangsaan bagi lelaki dan wanita.

“Pembangunan sukan di peringkat akar umbi terutamanya di peringkat remaja akan kita pergiatkan lagi dengan kejohanan lelaki dan wanita di bawah umur 12, 15 dan 18 tahun bakal dianjurkan PSM,” ujarnya.

Katanya, keputusan itu selari dengan kehendak Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pendedahan pemain muda diberi tumpuan dan ia terbukti apabila lebih 80 peratus atlet bawah 23 tahun diterbangkan ke Sukan SEA di Hanoi Vietnam bulan depan.

Selain itu, Sumali memberitahu, PSM juga komited untuk melaksanakan beberapa kursus kejurulatihan dan pengadilan di pelbagai lokasi di dalam negara bagi memastikan sumber teknikal sukan sepak takraw terus dilahirkan.

Katanya, PSM turut menyambut baik inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) dalam menganjurkan Liga Sukan Malaysia (MSL) di semua peringkat akar umbi.

“Jemputan kepada ahli-ahli gabungan daerah di bawah PSM untuk bersama-sama JBSN menganjurkan kejohanan tersebut di peringkat daerah dan negeri merupakan satu tanda pengiktirafan kepada peranan PSM dalam pembangunan sukan sepak takraw di negara ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya