Perak FC bakal dapat ‘tuan’ baharu

Perak FC bakal dapat ‘tuan’ baharu

PERAK FC akan kembali ke Liga Super musim depan tanpa mengira apa berlaku dalam Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas beberapa bulan berdepan isu kewangan yang kritikal, Perak FC dijangka mendapat ‘tuan’ baharu dalam masa terdekat selepas pemilik kelab, Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) mengadakan rundingan lanjut dengan pihak yang berminat membeli Bos Gaurus esok.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Nizam Mahmood berkata, pertemuan yang bakal diadakan di Ipoh itu diharap mampu menyelesaikan kemelut yang sudah lama me­landa.

“Selepas penilaian terperinci, pengurusan berpendapat bahawa transaksi ini memberikan hasil yang menarik untuk IMC dengan peruntukan tunai pada nilai yang munasabah di samping menyokong komitmen Perak FC kepada pemiutang dan pemegang saham,” katanya.

Menurutnya, tawaran pengambil alihan susulan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dibuat tanpa proof of funds (bukti dana) seperti dikehendaki IMC dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),

Menurut Khairul, IMC, akan menyertai perbincangan pengambilalihan muktamad dengan syarikat itu yang diwa­kili anak guam mereka yang juga berpengkalan di Ipoh.

“Kami akan teruskan walaupun tanpa proof of funds dan kemungkinan timbulnya bantahan daripada MFL,” ujarnya.

Katanya, tawaran bagi RM1 sesaham untuk Perak FC Sdn. Bhd. (Perak FC) termasuk semua liabiliti adalah serupa de­ngan tawaran yang dibuat sebelum ini.

“Langkah ke arah pengammuktamad tanpa proof of funds sudah pastinya akan mengecewakan MFL,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya