Penyu tak rela menangis lagi

Penyu tak rela menangis lagi

PEMAIN Terengganu mahu melupakan kekalahan kepada Petaling Jaya City untuk berdepan gergasi Liga Super, JDT malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dikejutkan 3-0 oleh Peta­ling Jaya City (PJ City), Rabu lalu, Terengganu FC dijangka melakukan rombakan bagi mengelak satu lagi kekalahan berdepan pasukan terbaik Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Pengendali Penyu, Nafuzi Zain mengakui, pasukannya berdepan cabaran sukar apabila terpaksa bermain di tempat lawan dalam tiga aksi pertama.

“Banyak benda (kesilapan) berlaku pada aksi menentang PJ City sebelum ini, kesilapan mudah dan pertahanan kurang yakin.

“Kita baru beraksi buat kali pertama, nampaknya ada yang perlu diperbaiki.

“Selepas menentang JDT kami akan berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching bertemu Sarawak United, agak sukar ­namun kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, penyerang Terengganu FC, Kpah Sherman mengakui, kekalahan Rabu lalu memberi banyak pengajaran ­kepada Terengganu dan perlu perbaiki segala kelemahan sukar apabila berdepan JDT di ­Stadium Sultan Ibrahim.

“Memang sangat kecewa apabila tewas 0-3 apatah lagi ini adalah perlawanan pertama kami untuk musim ini.

“Berdepan JDT, mereka memang lawan yang sangat kuat jadi kami kena bekerja lebih keras dan perbaiki kelemahan,” katanya.

Sang Penyu kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super tanpa sebarang mata selepas baru beraksi satu perlawanan ekoran penundaan beberapa perlawanan awal sebelum ini susulan pemain pa­sukan lawan positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN