Newcastle mampu jadi pemusnah Liverpool

Newcastle mampu jadi pemusnah Liverpool

BRUNO Guimaraes (dua, kanan) menjalani latihan akhir bersama Newcastle semalam menjelang pertemuan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Newcastle yang memenangi enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris di laman sendiri mampu menjadi ancaman kepada misi Li­verpool untuk memburu tiga mata apabila kedua-dua pasukan bertemu di St. James Park hari ini.

Reds yang dipisahkan satu mata di belakang pendahulu, Manchester City ketika sai­ngan berbaki lima perlawanan turun dengan motivasi tinggi selepas menerima khabar gembira, ­Jurgen Klopp menandatangani penyambungan kontrak sebagai pengurus sehingga 2026.

The Magpies yang menghuni tangga kesembilan liga bagaimanapun mampu merosakkan keseronokan Liverpool selepas memenangi empat per­lawanan terakhir berturut-turut, perkembangan yang meresahkan legenda Reds, Ian Rush.

“Menentang Newcastle di tempat mereka amat berbahaya buat Liverpool. Jurgen Klopp perlu berhati-hati menangani perlawanan ini.

“Mereka sedang berada pada prestasi terbaik dan beraksi pula di depan penyokong sendiri menjadikan Newcastle lebih kuat. Semua pemain mereka pasti mahu mencari keputusan besar.

NEWCASTLE menunjukkan peningkatan mendadak sejak dibimbing Eddie Howe.

Newcastle telah melonjak dari tangga ke-19 ke kedudukan kesembilan di bawah bimbingan Eddie Howe.

“Jika mereka boleh menewaskan Liverpool, Newcastle akan membuktikan bahawa mereka boleh bersaing dengan yang terbaik,” kata Rush.

Menurut Rush, bintang te­ngah Newcastle, Bruno Guimaraes yang meledak dua gol dalam tiga perlawanan ter­akhir perlu diberi perhatian serius kerana keyakinannya semakin meningkat sejak menyertai kelab itu dari Lyon, Januari lalu.

Liverpool
MOHAMED Salah (kanan) dan Sadio Mane akan mengetuai serangan Liverpool.

Liverpool juga pada prestasi cemerlang, dengan menang 12 daripada 13 aksi terakhir liga.

Mohamed Salah dijangka menjadi pilihan untuk menge­tuai serangan selepas meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya menentang Newcastle.

Klopp mungkin menggan­dingkan bintang Mesir itu ­dengan Sadio Mane dan Diogo Jota. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya