Misi kelompok empat teratas United makin sukar

Misi kelompok empat teratas United makin sukar

PEMAIN Manchester United kecewa diikat 1-1 oleh Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United berdepan nasib malang ketika diikat 1-1 oleh Leicester City di laman sendiri, sekali gus menyukarkan misi untuk memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan kerana masalah kesihatan, dan pengendali United, Ralf Rangnick semakin kekurangan pilihan apabila Jesse Lingard yang sepatutnya dibawa masuk muntah sebelum perlawanan bermula.

“Jesse Lingard tidak dapat diturunkan kerana sakit, dia muntah sebelum perlawanan,” kata pengurus pasukan, Ralf Rangnick.

Walaupun bangkit daripada ketinggalan, keputusan seri di Old Trafford awal pagi tadi menyaksikan Red Devils kekal di tangga keenam liga, tiga mata di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal yang memiliki kelebihan dua perlawanan.

Ketiadaan Ronaldo menyaksikan United bergelut di depan pintu gol, Leicester sebaliknya mencipta peluang lebih baik di pada babak pertama tetapi percubaan mereka sama ada tersasar atau diselamatkan David de Gea.

Permainan lebih terbuka pada separuh masa kedua dan The Foxes mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan pada minit ke-63 selepas Kelechi Iheanacho menanduk hantaran lintang James Maddison.

United yang mula cemas berusaha mencari gol penyamaan, dan akhirnya Fred berjaya menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Bintang Brazil itu menyudahkan bola lantun selepas rembatan Bruno Fernandes tidak ditepis kemas penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

“Kami bermain lebih baik pada babak kedua, namun pasukan bergelut untuk mencari rentak di awal permainan.

“Mungkin ia disebabkan pemain masih keletihan selepas kembali daripada tugasan antarabangsa,” kata Rangnick.

United kini akan mengalihkan tumpuan kepada kunjungan ke Everton, Sabtu depan ketika liga berbaki lapan perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya