Kurang dua perlawanan beri kesan kepada Terengganu FC

Kurang dua perlawanan beri kesan kepada Terengganu FC

SHANE Lowry (tengah) menanduk bola sambil cuba dihadang pertahanan Terengganu FC ketika membantu JDT menang 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Terengganu FC percaya anak buahnya telah menunjukkan permainan yang baik dan tidak memberi laluan mudah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menewaskan mereka dalam perlawanan Liga Super, semalam.

Mohd. Nafuzi Zain berkata, anak-anak buahnya juga telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding perlawanan liga pertama mereka, sebelum ini.

Menurut Ketua Jurulatih Sang Penyu itu, situasi agak sukar buat mereka kerana perlu berdepan JDT dalam keadaan kurang mendapat perlawanan komprehensif kerana penangguhan perlawanan akibat Covid-19.

“Walaupun tewas kepada JDT, saya tetap berpuas hati dengan pemain kerana mereka bermain dengan amat baik, JDT juga tidak mendapat kemenangan itu dengan mudah.

“Pada permulaan permainan mungkin pemain kelihatan sedikit tertekan, namun tidak lama selepas itu mereka dapat menyesuaikan diri dengan rentak perlawanan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati kerana kita tidak sama seperti pasukan lain, ini perlawanan kompetitif pertama kita selepas hampir tiga bulan setelah kekurangan dua perlawanan yang terpaksa ditangguh,” katanya selepas perlawanan yang menyaksikan JDT mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva menanduk bola ketika menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Tambah Mohd. Nafuzi, kekurangan dua perlawanan kompetitif itu sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan mereka yang secara tidak langsung menjadi cabaran tambahan buat pasukannya.

“Tetapi apa-apa pun saya akui banyak peningkatan yang ditunjukkan berbanding perlawanan pertama dahulu, saya yakin pasukan ini akan dapat lakukan dengan lebih baik lagi pada perlawanan seterusnya.

“Berdepan tekanan apabila tewas dan menghuni kedudukan terbawah itu perkara biasa, tetapi kita masih mempunyai baki dua perlawanan berbanding pasukan lain,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.