Kami siap sedia hadapi JDT - Akram

Kami siap sedia hadapi JDT – Akram

AKRAM MAHINAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kembalinya Romel Morales bersama pasukan selepas pulih dari kecederaan pastinya tonik tambahan buat Kuala Lumpur City (KL City) menjelang aksi menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Keyakinan ini dilontarkan arkitek The City Boys, Akram Mahinan yang menyifatkan pasukan kini bersedia sepenuhnya melayan kunjungan pendahulu Liga Super itu di Stadium KLFA Cheras.

“Alhamdullilah, perkara positif berlaku sejak dua minggu lalu semasa rehat antarabangsa.

“Kembalinya Romel menjalani latihan adalah rangsangan yang kami semua perlukan.

“Saya yakin dan sudah bersedia, dari segi mental dan fizikal,” katanya.

AKRAM Mahinan dalam sesi latihan kelmarin.

Akram yang sudah tiga musim beraksi bersama skuad Warga Kota itu pasukannya kini akan lebih mantap khususnya dari segi pertahanan selepas sesi latihan diterapkan Bojan Hodak.

“Kami perlu fokus semula untuk bertahan sebagai satu pasukan.

“Saya berharap persiapan dalam latihan dan usaha tambahan yang kami lakukan di atas padang dalam tempoh yang tidak ternilai ini, akan membuahkan hasil dan mengembalikan kemantapan pertahanan kami seperti tahun lepas,” kata pemain berusia 29 tahun ini.

KEPULANGAN Romel Morales menaikkan keyakinan Kuala Lumpur untuk berdepat JDT.

The City Boys seri 3-3 pada aksi pembukaan menentang Selangor FC (4 Mac) namun tewas 2-3 ditangan Kedah Darul Aman FC (9 Mac) ditempat lawan.

Kemenangan 8-0 di tempat sendiri kepada pasukan Liga Amatur (M3) Langkawi City dalam Piala FA, 13 Mac lalu turut dilihat pencetus semangat untuk aksi getir malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN