JDT II tambah derita Bos Gaurus

JDT II tambah derita Bos Gaurus

PEMAIN Perak FC, Pavithran K. Selladoria (kanan) mengasak pemain JDT II, Mohamad Rafiefikri Mohd. Rosman dalam perlawanan Liga Perdana rdi Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Johor Darul Ta’zim (JDT) II merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana selepas memberi kekalahan keempat buat Perak FC menerusi kemenangan 3-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan keenam, JDT II memintas Kelantan FC yang hanya akan turun beraksi menentang PDRM FC esok.

Begitupun, anak-anak buah Mariano Raul Erchevrria sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan jurang lebih besar jika berjaya menyempurnakan beberapa peluang keemasan

Seperti dijangka, tuan rumah kalah kepada lawan yang lebih baik daripada mereka.

Anak-anak buah Yusri Che Lah berusaha mengimbangi kekurangan mereka dengan semangat juang kental untuk menyukarkan laluan pelawat .

Bagaimanapun Perak hanya mampu bertahan selama 24 minit apabila kubunya dirobek oleh Fernando Rodriguez Ortega

Kapten JDT II itu kemudian melebarkan kedudukan pasukan Harimau Selatan apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-36.

Selang seminit, tuan rumah pula dihadiahkan penalti apabila Muhammad Hakimi Mat Isa dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pemain itu sendiri mengambil sepakan untuk merapatkan jurang serta menghidupkan api perjuangan rakan sepasukan.

Penguasaan JDT II berterusan pada babak kedua walaupun hanya menambah satu gol melalui Adam Farhan Mohd. Faizal pada minit ke-52.

Ortega dan Moussa Sidibe mensia-siakan dua peluang terbuka untuk melepaskan Perak daripada menerima petaka malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya