Hatrik Ronaldo nyalakan harapan United buru kelompok empat terbaik

Hatrik Ronaldo nyalakan harapan United buru kelompok empat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Hatrik Cristiano Ronaldo menghidupkan semula harapan Manchester United untuk memburu kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan kelab tercorot, Norwich City 3-2 di Old Trafford, sebentar tadi.

Pada ketika dua pencabar utama mereka, Tottenham dan Arsenal kalah dalam perlawanan masing-masing malam ini, Red Devils sedar peluang untuk beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan masih menyala.

Ronaldo yang nampaknya tiada dalam perancangan bakal bos baharu United, Erik ten Hag, menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, sebaik sahaja babak kedua bersambung, Norwich mencemaskan United dengan menyamakan kedudukan 2-2.

CRISTIANO Ronaldo meledak gol kedua Manchester United ketika menentang Norwich dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Gol pertama Norwich hadir hanya seminit selepas perlawanan bermula apabila Kieran Dowell menanduk hantaran Teemu Pukki.

Pukki kemudian mencatat nama sebagai penjaring hanya enam minit berselang.

Debaran di Old Trafford bagaimanapun berakhir selepas Ronaldo menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 ela untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat United.

Kemenangan itu membolehkan Red Devils melonjak ke tangga kelima, memintas Arsenal yang kalah 1-0 di Southampton.

Ketika liga berbaki enam perlawanan, mereka hanya dipisahkan dengan tiga mata di belakang pasukan tempat keempat, Tottenham yang kalah 0-1 kepada Brighton di laman sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN