FIA pertahan kereta keselamatan ‘kura-kura’

FIA pertahan kereta keselamatan ‘kura-kura’

KERETA keselamatan Aston Martin yang dilabelkan oleh Max Verstappen terlalu perlahan seperti kura-kura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Badan induk Formula Satu (F1) mempertahankan kereta keselamatan Aston Martin dan mengingatkan pemandu bahawa kelajuan tinggi bukan keutamaan mereka, selepas juara dunia, Max Verstappen membandingkan kereta tersebut dengan kura-kura.

“FIA ingin mengulangi bahawa fungsi utama kereta keselamatan, sudah tentu bukan kelajuan tetapi keselamatan pemandu, marshal dan pegawai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu Red Bull, Verstappen mengkritik kereta Aston Martin 4.0 liter twin-turbo V8 Vantage yang digunakan pada Grand Prix Australia, Ahad lalu sebagai terlalu perlahanan selepas dua kali digunakan selepas kemalangan.

“Kereta keselamatan Mercedes lebih laju kerana ada aero tambahan, Aston Martin benar-benar perlahan. Ia pasti memerlukan lebih cengkaman,” kata pemandu Belanda itu.

KERETA Mercedes-AMG GT Black Series digunakan di Bahrain serta Arab Saudi.

Aston Martin dan Mercedes merupakan penyedia kereta keselamatan serta perubatan untuk saingan F1 musim ini. Mercedes-AMG GT Black Series digunakan di Bahrain serta Arab Saudi.

Sementara itu, pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang merupakan pendahulu kejuaraan dan pemenang dua daripada tiga perlumbaan pertama berkata, dia juga mahu kereta keselamatan pergi lebih pantas.

“Saya ingin mengadu tetapi kemudian saya memeriksa sejauh mana kereta keselamatan itu meluncur di selekoh dan saya tidak fikir ada apa-apa lagi yang dia boleh berikan jadi saya tidak mahu terlalu memberi tekanan.

“Dengan kereta yang kami miliki sekarang, amat sukar untuk mengekalkan suhu dalam tayar di belakang kereta keselamatan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya