Denmark 'duri dalam daging' buat Perancis - Utusan Malaysia

Denmark ‘duri dalam daging’ buat Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Perancis, Didier Deschamps berkata, juara bertahan itu ‘amat menghormati’ Denmark selepas kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan sama pada Piala Dunia 2022.

Perancis dan Denmark dianggap pilihan  untuk melepasi Kumpula D, yang turut dibarisi Tunisia dan pemenang playoff di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Peru.

“Mereka berada pada ranking ke-11 FIFA, mara ke separuh akhir Euro (2021) dan jika mereka berada di atas Jerman serta Belanda, ia membuktikan kualiti pasukan ini,” kata Deschamps.

Perancis dan Denmark bakal berentap tiga kali tahun ini selepas turut bertemu dalam dua aksi Liga Negara-Negara Eropah pada Jun, sebelum beraksi di Piala Dunia Qatar yang bermula November.

“Saya tidak pasti sama ada ia sesuatu yang bagus atau tidak.

“Mereka juga ada kelebihan kerana banyak mengetahui tentang kami tetapi pertemuan pada Jun dan September adalah berbeza,” kata Deschamps.

Kedua-dua pasukan turut bertemu pada Piala Dunia 2002 ketika Denmark mengejutkan juara bertahan itu 2-0 di Korea Selatan, kekalahan yang menyebabkan Perancis tersingkir pada pusingan pertama.

Mereka juga bertemu pada 2018 yang berakhir dengan seri 0-0 di Moscow.

Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand melaungkan amaran kepada Perancis mereka bakal berdepan pasukannya yang ‘sedia bertarung’.

“Kami ada dua perlawanan dalam Liga Negara-Negara berdepan mereka, jadi ia akan menjadi tiga kali dalam lima bulan,” kata Hjulmand. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN