Tiga cara untuk Arsenal ‘bunuh’ Liverpool - Utusan Malaysia

Tiga cara untuk Arsenal ‘bunuh’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal sudah mengenal pasti tiga cara yang mampu membantu mereka menumbangkan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Emirates esok.

Gunners kini mengawal sepenuhnya persaingan kelompok empat teratas liga apabila mengatasi pencabar rapat, Manchester United dengan satu mata, malah memiliki kelebihan tiga perlawanan.

Kemenangan kelima berturut-turut ketika menumpaskan Leicester City 2-0, Ahad lalu meletakkan anak-anak buah Mikel Arteta berada pada mood terbaik.

SERANGAN BERTERUSAN

KEKALAHAN kepada Inter Milan di Anfield membuktikan Liverpool tidak kebal.

Sepuluh hari sebelum pertemuan dengan Arsenal, Liverpool kalah 0-1 kepada Inter Milan dalam aksi kedua Liga Juara-Juara di laman sendiri.

Pendekatan Inter, serang berterusan serta bermain secara fizikal telang memerangkap Reds di Anfield, dan itulah pendekatan yang perlu dilakukan Arsenal.

Inter membuktikan, biarpun Liverpool pasukan lebih baik tapi mereka mudah melakukan kesilapan apabila diserang bertali arus. Benteng Gunners juga perlu berdisiplin kerana Reds amat dominan dalam kawalan bola, malah boleh menghasilkan gol dari sudut tidak diduga.

TIDAK BOLEH PERANGKAP OFSAID

VIRGIL van Dijk (berdiri, kiri) dan Joel Matip (berdiri, kanan) bijak dalam melakukan perangkap ofsaid.

Menghukum Liverpool menerusi perangkap ofsaid bukan cara yang bijak. Statistik menunjukkan dua bek tengah Reds, Virgil van Dijk (35 kali) dan Joel Matip (29) berada dalam senarai dua terbaik menangkap lawan ofsaid pada Liga Perdana musim ini.

Arsenal perlu menghantar dua pemain di belakang pertahanan, satu demi satu untuk menewaskan ‘perangkap’ mereka. Bayangkan jika Martin Odegaard membawa bola dan Bukayo Saka di belakang pertahanan Reds, ia mampu menjadi ancaman.

LACAZETTE JADI PENENTU

Alexandre Lacazette mampu merubah permainan Arsenal.

Prospek kemenangan Arsenal banyak bergantung pada kemampuan Alexandre Lacazette melepasi antara pertahanan terbaik liga.

Biarpun kurang menyerlah di depan gawang dan hanya meledak gol pertamanya pada 2022 menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Leicester, namun kapten Gunners, Granit Xhaka percaya, Lacazette bukan sekadar menawarkan gol tetapi mencorakkan permainan pasukan.

“Ramai orang hanya mahu melihat dia menjaringkan gol tetapi saya kagum dengan kemampuan Alex mengambil sepakan bebas, penjuru atau situasi bola mati. Dia juga memainkan peranan penting dalam mencipta gerakan, pemain yang mampu merubah permainan,” kata Xhaka.

SALAH KEBIMBANGAN LIVERPOOL

MOHAMED SALAH

Liverpool yang tidak boleh keciciran mata untuk memberi tekanan kepada pendahulu, Manchester City berdepan isu kecederaan penjaring terbanyak, Mohamed Salah menjelang kunjungan ke Emirates.

Bintang Mesir itu yang telah meledak 28 gol dalam 35 perlawanan (semua pertandingan) musim ini tidak kelihatan ketika sesi latihan semalam, difahamkan kerana kecederaan kaki.

“Bila anda lihat Salah duduk (di bangku simpanan), bermakna perkara tidak 100 peratus berjalan baik,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang mengeluarkan pemain itu pada babak kedua ketika menewaskan Brighton 2-0, minggu lalu.

Bek kiri, Kostas Tsimikas dan pemain tengah, James Milner turut terlepas sesi latihan.

Itu bermakna, Reds mungkin menggunakan trio Sadio Mane, Diogo Jota dan Luis Diaz buat kali pertama untuk berdepan Arsenal. Kombinasi yang cukup mengujakan penyokong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya