Rangnick tiada dalam senarai Manchester United

Rangnick tiada dalam senarai Manchester United

Rangnick
RALF Rangnick (kiri) bukan calon pengurus tetap United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick tiada dalam senarai calon pe­ngurus tetap Manchester Uni­ted (MU), sebaliknya gergasi Liga Perdana Inggeris itu mempertimbangkan pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino dan Erik ten Hag (Ajax) untuk membimbing pasukan musim depan.

Red Devils mendedahkan mereka sedang giat mencari pengganti tetap Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada November lalu untuk diganti de­ngan Rangnick yang hanya diberi peranan sebagai pengurus sementara.

Jurulatih dari Jerman berusia 63 tahun itu mempunyai perjanjian dua tahun sebagai penasihat di Old Trafford tetapi peluang untuk menjadi pengendali tetap dilihat tipis.

MAURICIO POCHETTINO

“Kami sedang melalui proses melantik pengendali tetap yang akan memulakan tugas musim panas ini dengan sasaran membawa pasukan kembali bersaing untuk gelaran domestik dan Eropah,” kata pengarah bola sepak United John Murtough.

Bekas pengendali Tottenham, Pochettino, 50, adalah calon utama jawatan itu sejak Solskjaer dipecat, namun Rangnick lebih memandang tinggi kepada Ten Hag, 52, yang mengharungi lima tahun penuh kejayaan di Amsterdam.

Menurut Murtough, sasaran utama musim ini ialah menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas liga.

“Bagaimanapun ia bukan objektif utama Manchester United kerana semua orang di kelab ini fokus untuk bersaing merebut trofi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN