Pak Arab mahu beli Chelsea - Utusan Malaysia

Pak Arab mahu beli Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Konsortium Arab Saudi, Saudi Media Group yang diketuai penyokong tegar Blues, Mohamed Alkhereiji dilaporkan telah membuat tawaran 2.7 bilion (RM14.82 bilion) untuk membeli gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Kumpulan tersebut tidak mempunyai kepentingan de­ngan kerajaan Arab Saudi, berbeza dengan Public Investment Fund yang membeli Newcastle United awal musim ini.

Menurut laporan media Bri­tain, kumpulan berkenaan hanya menerima sokongan Mohammed Khalid Al Sau, pengerusi Syarikat Telekom Saudi yang dimiliki kerajaan, dalam mencari dana dan penaja.

Alkhereiji pernah tinggal di United Kingdom, di mana dia belajar di Sekolah Bisnes Cass di London, selain mempunyai kaitan dengan kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr dan Al Hilal.

Mohamed Alkhereiji

Chelsea sebelum ini lebih berminat mendapatkan pembeli dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), bagi mengelak pemilik baharu yang mempunyai isu sensitif dalam politik.

Jutawan Britain, Nick Candy juga berminat membeli Blues dan mempunyai perancangan untuk membangunkan Stamford Bridge di mana dia adalah pemegang tiket bermusim Chelsea.

Pembida lain yang berminat menggantikan Roman Abra­movich ialah pemilik bersama LA Dodgers, Todd Boehly, 46, dan jutawan Switzerland Hansjorg Wyss, 86 yang akan bergabung membentuk konsortium dalam pembidaan itu.

Hartawan Turki, Muhsin ­Ba­yrak, 50, pula mendakwa dia sedang berunding untuk membeli Blues.

Woody Johnson, pemilik New York Jets yang juga kawan baik Donald Trump dikatakan turut berminat,selain Josh Harris, ­pemegang saham di Crystal ­Palace. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya