Melaka United mangsa terbaharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Melaka United mangsa terbaharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka United menjadi mangsa terbaharu Covid-19 apabila 20 pemain dan pegawai mereka disahkan positif, sekali gus memaksa aksi pusingan pertama Piala FA menentang PIB FC, yang dijadualkan di Stadium Hang Jebat malam esok, terpaksa ditunda.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan sebentar tadi berkata, kesemua pemain dan pegawai skuad Sang Kancil disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan RTK antigen.

“Pengurusan kelab telah mengemukakan permohonan berserta laporan doktor pasukan, keputusan ujian dan MySejahtera pemain dan pegawai yang terlibat kepada MFL agar perlawanan mereka menentang PIB FC ditunda.

“MFL menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai pasukan yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Melaka United menerusi media sosial mengumumkan bahawa penonton yang membeli tiket perlawanan tersebut di www.tickethotline.com.my, boleh menggunakan tiket sama pada tarikh baharu perlawanan itu yang akan diumumkan nanti.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada PIB dan semua pihak yang terlibat berikutan penundaan perlawanan ini. Penundaan ini adalah demi semua yang terlibat, termasuk penyokong daripada Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya