Malaysia 'simpan' tonggak untuk Piala Thomas, Uber - Utusan Malaysia

Malaysia ‘simpan’ tonggak untuk Piala Thomas, Uber

HU Pang Ron (kanan) dan Cheah Yee See menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat dalam acara badminton beregu campuran di Sukan SEA Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan pemain pelapis dan skuad remaja akan membarisi skuad badminton ke Sukan SEA Vietnam, 12-23 Mei depan bagi membolehkan pemain utama memberi tumpuan kepada persiapan Piala Thomas dan Piala Uber yang turut diadakan pada bulan sama.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, temasya dwitahunan akan menjadi medan pendedahan bagi 10 atlet yang terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita bagi meraih pengalaman di peringkat tertinggi.

Katanya, disebabkan tiga pertandingan utama berlangsung pada Mei, maka tumpuan pastinya lebih terarah kepada pemburuan gelaran Piala Thomas dan Piala Uber yang akan diadakan di Bangkok pada 8-15 Mei.

REXY MAINAKY

“Walaupun kita menghantar pasukan yang lebih muda, kita tetap akan cuba mengejar sasaran mempertahankan tiga pingat emas yang pernah dimenangi dalam Sukan SEA Filipina pada 2019,” katanya.

Bagi Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky, peluang meraih pingat dilihat lebih tertumpu kepada beregu campuran, di samping acara beregu wanita dan berpasukan lelaki.

“Dalam beregu campuran contohnya pasangan Hu Pang Ron-Cheah Yee See dan Man wei Chong-Tee Kai Wun, kita memang harap mereka mampu pulang dengan pingat. Tidak ketinggalan, beregu wanita dan berpasukan lelaki juga mempunyai peluang yang sama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemilihan atlet di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann pula menyenaraikan empat pemain lelaki dan empat wanita sebagai taruhan merebut pingat dalam temasya itu.

“Dalam perseorangan lelaki kita turunkan Lim Chong King, Kok Jing Hoong, Lee Shung Yang dan Justin Hoh, manakala wanita pula Siti Nurshuhaini (Azman) Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee dan Siti Zulaikha (Azmi) dilihat mampu memberi cabaran,” katanya.

HU Pang Ron (kanan) dan Cheah Yee See menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat dalam acara badminton beregu campuran di Sukan SEA Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya