Liverpool rombak pasukan sekali lagi - Utusan Malaysia

Liverpool rombak pasukan sekali lagi

PEMAIN Liverpool akan terus berjuang hingga akhir musim bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas mengharungi perlawanan Piala Liga dan Piala FA dalam tempoh tiga hari, Li­verpool kembali menyambung kempen Liga Perdana Inggeris dengan misi merapatkan jurang mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Reds akan menerima kunju­ngan West Ham di Anfield hari ini (1.30 pagi esok waktu Malaysia), manakala City yang dibimbing Pep Guardiola berdepan Manchester United di Etihad (12.30 pagi Isnin waktu Malaysia).

Liverpool ketinggalan enam mata di belakang City, namun memiliki kelebihan satu perlawanan.

Selepas bertarung 120 minit pada final Piala Liga menentang Chelsea, Ahad lalu, Liverpool melakukan 10 pertukaran ketika menundukkan Norwich 2-1 pada Piala FA.

NABY Keita (tengah) dijangka kembali beraksi.

Jurgen Klopp sekali lagi bakal melakukan rombakan berdepan Hammers kerana Reds akan menentang Inter Milan pula dalam Liga Juara-Juara, Selasa ini.

Pada ketika Curtis Jones menyertai Roberto Firmino dan Thiago Alcantara dalam senarai kecederaan, Naby Keita dijangka kembali mengisi kesebelasan utama berdepan West Ham.

Liverpool juga akan menggunakan Harvey Elliott dan Alex Oxlade-Chamberlain dalam salah satu perlawanan, manakala Trent Alexander-Arnold (bek kanan) dan Andy Robertson (kiri) yang direhatkan ketika bertemu Norwich bakal kembali.

Virgil van Dijk akan menge­tuai semula pertahanan te­ngah bersama Joel Matip selepas diganti dengan Ibrahima Konate dan Joe Gomez dalam Piala FA.

Pemilihan jentera serangan juga menarik untuk dinantikan. Bertemu Chelsea, Li­verpool menggandingkan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Luis Diaz, manakala berdepan Norwich, Takumi Minamino, Divock Origo serta Diogo Jota mengetuai serangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN