Hartawan Turki mahu beli Chelsea - Utusan Malaysia

Hartawan Turki mahu beli Chelsea

Muhsin Bayrak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hartawan Turki, Muhsin Bayrak mendakwa sedang mengadakan rundingan dengan peguam Roman Abramovich bagi membeli Chelsea selepas kelab itu berada dipasaran untuk dijual awal minggu ini.

Abramovich mengejutkan bola sepak Eropah Rabu lalu apabila mengumumkan ingin menjual Blues selepas hampir dua dekad sebagai pemilik.

Hartawan Rusia itu membuat keputusan untuk menamatkan pemilikan sela­ma 19 tahun di tengah-tengah pencerobohan negaranya ke atas Ukraine kerana bimbang dikenakan sekatana.

Akibatnya, Abramovich kini memunggah semua asetnya di London sebelum kerajaan Bri­tain menghukumnya, termasuk ­Chelsea yang amat dicintai.

Taikun Amerika dan Switzerland, Todd Boehly dan Hansjorg Wyss menjadi pendahulu untuk memenuhi permintaan 3 bilion pound (RM16.6 bilion) yang diminta Abramovich tetapi Bayrak mendakwa dia akan ‘mengibarkan bendera Turki di London tidak lama lagi’.

INDIVIDU yang dikaitkan sebagai prospek pemilik baharu Chelsea.

“Kami sedang merundingkan syarat pembelian Chelsea dengan peguam Roman Abramovich.

“Kami dalam fasa rundingan untuk tandatangan. Kami akan mengibarkan bendera Turki di London tidak lama lagi.

“Kami membuat tawaran kami. Disebabkan perang Rusia dan Ukraine, mereka mendapati Turki tempat yang selamat untuk menyimpan wang.

“Kami merancang untuk menandatangani perjanjian tidak lama lagi,” kata Bayrak kepada portal Yeni Safak.

ROMAN ABRAMOVICH

Bayrak adalah ketua Mutki Tribe of Bitlis, antara keluarga berpengaruh di Turki, malah beliau juga Pengerusi Lembaga AB Group Holding yang mempunyai pelaburan dalam sektor kripto, pembinaan, pelanco­ngan dan tenaga.

Kumpulan AB, yang diasaskan Bayrak pada 1999 berpangkalan di Istanbul tetapi juga beroperasi di Itali, Greece dan Sepanyol. Syarikat itu, yang didakwa bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion) dikatakan mempunyai pelaburan di London.

“Roman Abramovich telah mengesahkan bahawa dia akan menjual Chelsea, yang dibe­linya pada 2003, di laman web rasmi kelab. Peguam Hol­ding kami dan peguam Roman Abramovich telah berhubung sejak hari pertama Chelsea memasuki proses jualan.

“Proses rundingan telah berakhir dan kami merancang untuk menandatangani tidak lama lagi. Jualan ini juga sangat penting untuk Turki,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN