Hakim cemerlang takluk Mandalika - Utusan Malaysia

Hakim cemerlang takluk Mandalika

HAKIM Danish Ramli (tengah) memenangi Perlumbaan 1 Pusingan Kedua, Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Mandalika, Lombok, Indonesia. - IHSAN ASIA TALENT CUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagu Negaraku berkumandang megah di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia selepas pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli memenangi Perlumbaan 1 Pusingan Kedua, Asia Talent Cup (ATC) semalam.

Bermula dari petak kedua, Hakim cemerlang memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat dengan catatan masa 28 minit, 08.357 saat.

Dia meninggalkan jauh pesaing terdekat, Shinya Ezawa dari Jepun yang menduduki tempat kedua dengan kelebihan 15.677s manakala pelumba tuan rumah, Reykat Fadillah meraih podium ketiga.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Farish Hafiy menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, Emil Izdhar ke-10, sementara Farres Putra gagal menamatkan perlumbaan.

Hakim kini menduduki tangga kedua keseluruhan mengumpul 47 mata dan akan bertarung lagi dalam Perlumbaan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya