Festival eSukan Johor tawar RM 86,000 - Utusan Malaysia

Festival eSukan Johor tawar RM 86,000

(Dari kiri) Lukman Abu Bakar, On Jabbar@Ja'afar dan Zainal Abidin Zakaria dalam sidang akhbar Festival eSukan Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan eSukan terus berkembang pesat di Malaysia dan terbaharu, hadiah lumayan RM86,000 bakal ditawarkan dalam Festival eSukan Johor (JEF22) yang membuka tirai pada 22 Mac depan.

Kejohanan anjuran Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) melalui anak syarikatnya, Sports Johor Sdn. Bhd. (SJSB) itu adalah pertandingan eSukan terbesar di Johor dan dijangka menarik 7,500 penyertaan.

Tiga permainan video utama iaitu FIFA 2022, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile menjadi acara yang dipertandingkan.

Peringkat pertama JEF22 akan bermula dengan kelayakan secara atas talian pada 22 Mac, diikuti peringkat kedua pada 22 Mei dan peringkat ketiga pada 22 Julai.

Ia merangkumi 32 pasukan dan atlet daripada setiap peringkat bakal melayakkan diri bagi menguji kehebatan masing-masing di peringkat Grand Final pada 22 September.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Lukman Abu Bakar; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar@Ja’afar dan Ketua Pegawai Operasi KPRJ, Zainal Abidin Zakaria.

Juara setiap peringkat akan membawa pulang RM3,000 (FIFA22), RM1,500 (MLBB) dan RM1,500 (PUBG) Mobile, manakala hadiah terkumpul untuk Grand Final ialah RM50,000

Johan Grand Final FIFA22 akan meraih RM10,000, manakala bagi MLBB pula RM8,000 dan PUBG Mobile RM8,000.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya