Dua perlawanan Liga Perdana 2022 ditunda akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Dua perlawanan Liga Perdana 2022 ditunda akibat Covid-19

PERTEMUAN PDRM menentang Kuching City yang dijadual berlangsung esok terpaksa ditunda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua perlawanan pertama Liga Perdana 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak Covid-19, umum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) malam tadi.

Penundaan tersebut melibatkan perlawanan Selangor FC II menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

“Perlawanan itu masing-masing dijadual pada 5 dan 7 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak sekretariat MFL menerima permohonan daripada PDRM. Seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergejala sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini