PARMA: Gianluigi Buffon akan terus bermain sehingga usianya mencecah sekurang-kurangnya 46 tahun selepas menandatangani kontrak baharu bersama Parma hingga 2024.
Penjaga gol veteran berusia 44 tahun itu tidak menunjukkan tanda untuk bersara apabila kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya pada musim panas lalu dan telah menjadi pemain tetap di Serie B musim ini.
Pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali itu memulakan kariernya di Parma sebelum berpindah ke Juventus selama 18 tahun dan bermain di di Paris Saint-Germain (PSG) selama setahun.
Pasukan Parma sedang bergelut dalam percubaan memenangi liga dan naik ke Serie A tetapi setelah Buffon diturunkan musim lalu, dia nampak yakin dengan projek kelab.

“Bagi saya dan keluarga, ini hari yang indah. Saya berharap bandar raya dan semua peminat akan gembira.
“Kepulangan saya ke Parma berkait rapat dengan hubungan dan ikatan mendalam yang saya selalu ada dengan bandar ini.
“Jika saya tidak percaya dengan apa yang ada dalam fikiran presiden dan apa yang kami lakukan, saya tidak akan menerima cadangan ini. Saya optimistik untuk masa depan kelab ini dan ia adalah cabaran yang indah serta mengujakan bagi saya,” kata Buffon kepada Sky Italia.
Kapten pasukan Parma itu cuba membantu pasukannya kembali ke zaman kegemilangan mereka setelah membantu mereka memenangi Piala UEFA pada 1999. – AGENSI