Atletico singkirkan Manchester United - Utusan Malaysia

Atletico singkirkan Manchester United

PEMAIN Atletico Madrid meraikan kejayaan menumpaskan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penjaga gol Manchester United, David de Gea mengakui, pasukannya tidak cukup bagus selepas disingkirkan oleh Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini.

Jaringan tunggal Renan Lodi membantu Atletico menumpaskan United 1-0 di Old Trafford, sekali gus menyingkirkan gergasi Liga Perdana Inggeris itu secara agregat 2-1 pada pusingan 16 akhir.

“Keputusan ini sangat mengecewakan. Sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata bagaimana perasaan kami ketika ini.

“Kami gagal melakukan yang terbaik untuk memenangi kedua-dua perlawanan dan ia hari yang amat mengecewakan buat pasukan.

“Atletico pasukan yang sangat berpengalaman dan tahu bagaimana untuk mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara. Mereka menjaringkan gol dan sukar untuk kami mencipta peluang.

“Kami tersingkir daripada salah satu kejohanan yang penting, jadi ia amat menyedihkan. Sudah tentu ia tidak cukup bagus. Ia sukar buat kelab, buat kami dan peminat-peminat,” kata De Gea.

United hanya mara dua kali ke peringkat suku akhir dalam kejohanan kelab elit Eropah itu sejak persaraan pengurus legenda, Alex Ferguson pada 2013.

Kali terakhir mereka merangkul trofi adalah pada Liga Europa lima tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya